amalkan cara hidup yg sihat

Memandangkan sekarang tgh cuti sem yg tinggal lg 2 bulan. apa je yg aku buat? KERJA? oh tidak sama sekali. sgt malas utk bkerja skrg ni. alasan yg sering aku keluarkan ialah bila lg nk cuti pjg camni kan so cuti la puas2 n then last sem dh penat struggle study so skrg la masa utk berehat. hahaha. itu alasan yg slalu digunakan bila org tny kt aku kenapa x kerja. so siapa2 yg dh baca harap jgn tny lg. so cuti ni apa je yg aku buat? BERSENAM! yeahh betul tu. sihat bukan amalan ini. ni blaku sbb aku x kerja juga. lemak bkumpul je if tido lama2. haha. so as conclusion ni la yg aku duk buat cuti2 ni. tgk la ni.


BERTUKAR !


tu dia. senang bukan nk jadi sihat? haha. so kpd sesiapa yg tgh bcuti x pun kpd yg x bercuti. jom la kita bersenam supaya hidup anda ceria selalu. kurus la anda sebelum anda dikurus :D

*gaya mcm dh kurus je aku ni. sikit pun x ubah -.-"

What do i feel?


nothing much to say. i feel just like this song

CINTA DALAM HATI BY UNGU

first day

yeahh i just started today. at lasttt. need to be hardworking now. lots of things to handle. hope i can make it. yeahhh !

*high consistency and commitment needed

kerja keras !

yeahh. 3 months to go n my holiday will be over. lama sgt cuti yg tinggal but lots of things i need to handle now. hope for next 3 months i will be far different than now. yeahhhh. lets do it !

*miracle can happen

alhamdulilah

unexpected n speechless dgn result. alhamdulilah syukur. i had prove myself that i can achieved it like others. now i believe that nothing is impossible. for the 1st timee. n now i can say that im DL nowww. what a feeling. congrats to others also who perform well. tq to all who support me espclly my parents n friends, ijam, ejoi, daya yuya, mimie and lily. miss u guys. looking forward n focus to degree right noww. its show timeee !

*my dad always say to me this words "seronok kn jadi org pandai?" yeah. i feel it now. tq dad. i will keep remember ur words. its very meaningful. it keep me strong day to day. :)

looking forward

zaman kanak-kanak riang



di dalam gambar yg still diingati sampai sekarang : amy, gjet, yus, azmeel, naim, nazrin, pervin, jeevan, tun, helmi, kevin mark, mahesan, satesh, dinesh, muresh, rashid, haikal, jerome, fahmi.


apa yang lepas. jgn dikenang. itulah yang slalu orang katakan. tapi zaman sekolah best kan bila dikenang? yeahh. mari kita kenang kembali zaman kita kecik-kecik dulu mcm mana. hehe. back to the story, gambar ni masa darjah 2 if tak silap saya. segak kan? cari la megat faris yg mana satu if hebat. hehe. time ni kelas 2 merah. cikgu amnah adalah guru kelas time tu. majoriti of them still berkawan sampai sekarang terutamanya wan zulfadhli dan wan mohd azmi. sebenarnya pengalaman yg nk cerita. lg2 time sekolah kan? rindu nk berbalik ke zaman sekolah ni. haishh. nk jadi kecik-kecik balik. takyah pressure study buat assignment semua. dulu kerja sekolah tak siap pun takpe. hehe. the world is just awesome !


bangun tidur dan sedar diri

Tajuk agak menarik right ? haha. agak lama aku tak post sumthing kt blog ni. so tgh2 cuti mid term. terniat pulak nk post. alhamdulilahh. welcome back Megato!


berbalik kepada tajuk. sedar diri? apabila kita memperolehi sesuatu, kita perlu lah sedar diri dari mana semuanya bermula dan dari mana kita memiliki sesuatu. jika kita sendiri tidak sedar dan kerap membuat apa-apa mengikut kehendak hati, kita sama sekali tidak dapat mengelak daripada menyakiti hati orang lain. so diharuskan kita perlu cepat utk sedar diri dan berubah supaya hidup kita dan orang terdekat bahagia dan harmoni.


SEMOGA BAHAGIA SEMUA :)


*apa mende la aku merepek ni


examination result



omg



ohtidak



tinggal 4 hari je lagi result nk keluar.



what will happen this time.



memuaskan? unexpected? hopefully its ok.



10 petanda menunjukkan si dia adalah jodoh kita

Topik pada kali ini adalah tanda2 si dia adalah jodoh kita. jodoh?? haha. Artikel ni saya jumpa kt webpage lain. hasil tgn sendiri tu next time okay. saja mencari artikel camni sebab cuti sem tak tahu nk buat apa. haha. kenapa saya post artikel ni? saja nk berkongsi artikel ni dgn korang smua untuk berkongsi bersama. ada kebenarannya. ikut pendapat masing2. kalau ada jodoh, ada la tu. :)

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang atau selesa bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita??

Keep Thinking


How are u know? Are u okay?


I will smile when u smile
Hopefully u are really okay :)


friend?


*tq friends :)

Searching...


CINTA SEMPURNA


New



New hope, new objective, new mission, new target. All this thing that i will do right now. Just look forward to get better and better. Come on Megat Faris. You just can't stop doing it.

Hear Me


Blue - If You Come Back

*Nowadays, i love to hear this song again again n again. I don't know why. Maybe the song is suit with what i'm feeling right now.


DIIA DAY




Journey to Port Dickson with DIIA members. terbaik!!

Can you?

*megamind-its big for a reason

only one


one love for one

My way


one day, u will know why im choosing this way. i wish happy always for u.

what?